CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 17 June 2011

SYAIR 3 : ISRAK MIKRAJ MUKJIZAT NABI


Kisah bermula suatu ketika

Perjalanan nabi semalam Cuma

Bawa pengajaran cukup bermakna

Pedoman buat umat semua

Detik sebelumnya membuka minda

Dibelah dada dibersihkan jiwa

Dimasukkan iman sebagai petanda

Hati sasaran iblis menggoda

Di sepanjang malam malaikat menemani

Cuba ubati lara di hati

Penawar kehilangan insan

Kebenaran dibawa tidak diyakini

Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa

Kelangit tujuh diangkat baginda

Dimikrajkan pula ke Sidratul Muntaha

Hingga ke Hadziratul Qud baginda dibawa

Alam angkasa diteroka dimikraj

Disambut malaikat diiringi anbiyat

Pelbagai keajaiban dapat dilihat

Ke syurga dan neraka tingkat bertingkat

Di sepanjang jalan pelbagai gambaran

Sebagai pedoman meniti kehidupan

Cabaran mendatang penuh keinsafan

Bekalan hidup di hari kemudian

Dari Sidratul Muntaha hingga ke Mustafa

Paras Jibrail dilihat baginda

Kedengaran di Luh Mahfuz tarian pena

Terus ke arasy memohon doa

Kefardhuan solat kemuncakan peristiwa

Lima puluh waktu wajib dilaksana

Pohon pertimbangan Yang Maha Esa

Lima waktu akur dan redha

Berakhir sudah perjalanan baginda

Kembali ke Mekah merentasi angkasa

Tersebar berita keajaiban peristiwa

Baginda dituduh cuba berdusta

Israk Mikraj perjalanan Nabi

Satu mukjizat dari illahi

Keagungan menjadi bukti

Terpancar keimanan di sanubari



0 comments: