CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 17 June 2011

cerita 2 : Kisah Nabi Zakaria dan Nabi Yahya


Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

SAJAK : Dakwah Nabi Zakaria dan puteranya Yahya

Kisahmu mengundang nostalgia

Pengorbananmu penuh pengajaran berguna

Menjadi teladan buat semua

Kawan-kawan sekalian,

Nabi Zakaria a.s merupakan cucu kepada Nabi Sulaiman yang mempunyai kerajaan besar di Palestin. Baginda terkenal sebagai seorang nabi yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan kuat beribadat. Walaupun usia baginda sudah melebihi seratus tahun dan memiliki isteri yang mandul, baginda tetap berdoa semoga dikurniakan seorang anak sebagai penggantinya.

SYAIR : Berkat doa Nabi Zakaria

Dianugerahkan Allah seorang putera

Warak dan sopan berbudi bahasa

Disambut baginda dengan gembira

Firman Allah dalam surah Maryam ayat 7,

Maksudnya : Wahai Zakaria, sesungguhnya kami member khabar yang menggembirakan kamu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya yang kami tidak pernah jadikan sebelum ini seorang pun yang senama dengannya.”

NASYID : Hidup ini penuh liku dan dugaan

Doa dan usaha perlu seiringan

Amal makruf wajib ditunaikan

Kehendak Allah tiada batasan

Pengajaran di sini ialah doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Lantaran itu, marilah kita mengatur langkah bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang demi merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kawan-kawan sekalian,

Sejak kecil lagi Nabi Yahya telah berada dalam pemerhatian dan peliharaan Allah Yang Maha Berkuasa. Baginda terkenal tegas dalam hukum Allah sehingga baginda dilantik menjadi rasul, apatah lagi Nabi Zakaria sentiasa menjadi penasihat dan pembimbing serta memberi tunjuk ajar tentang kaedah berdakwah yang betul.

Firman Allah dalam surah Maryam ayat 14-15,

Maksudya : “Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya dan ia pula tidak sombong, angkuh dan derhaka”.

Kawan-kawan sekalian,

Generasi baru hari ini mula membelakangkan ibu bapa, Bahkan ada yang sanggup menempatkan mereka di rumah orang tua tanpa menjenguk biarpun pada hari-hari yang sangat bererti dalam kehidupan mereka. Malang sekali buat mereka. Sesungguhnya, anak-anak memang tidak wajar sama sekali menderhaka kepada kedua ibu bapa kerana meraka adalah insan yang begitu banyak melakukan pengorbanan terhadap kita. Semenjak mengandung, melahirkan, mendidik, membesarkan dan memberi kasih-sayang di samping menyediakan keperluan kita. Mereka tidak pernah mengira pernah lelah sendiri. Jadi, berbuat baiklah kepada ibu bapa. InsyaAllah kita selamat dunia akhirat.

Sidang hadirin sekalian,

Firman Allah dalam surah Maryam ayat 12,

Maksudnya : “Wahai Yahya, terimalah kitab itu serta amalkanlah bersungguh-sungguh dan kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.”

Ya kawan-kawan,

Nabi Zakaria dan anaknya, Yahya berjuang bersama demi menegakkan amanah Allah kepada Bani Israel biarpun Bani Israel terlalu jahat, derhaka, fasik dan munafik. Mereka tetap enggan beriman malah terus dengan amalan menyembah berhala dan melakukan maksiat seperti berjudi, minum arak, berzina, tindas-menindasdan sebagainya. Mereka sama sekali tidak takut kepada bala Allah.

Sesungguhnya kawan-kawan, walaupun bala Allah tidak diturunkan di kala itu, namun balasan Allah di akhirat tidak terkecuali. Mereka sudah tentu akan dimasukkan ke dalam neraka untuk menerima azab seksa yang pedih.

Kawan-kawan sekalian,

PANTUN : Ujian Allah datang kembali,

Bila Raja Hirodus jatuh cinta lagi

Hirodus tetap ingin dikahwini

Walaupun puteri jelita si anak tiri

Nabi Yahya dan Nabi Zakaria mengutuk hasrat Raja mereka kerana bertentangan dengan hokum agama. Namun, Raja Hirodus seorang yang derhaka dan tidak teguh imannya. Dia melakukan apa sahaja kehendak hatinya tanpa memperdulikan larangan Allah. Bahkan raja telah mencabar baginda berdua.

“Barangsiapa yang berani menghalang perkahwinan beta dengan anak tiri beta, maka ia akan dibunuh”

LAGU : Biarpun nyawa jadi taruhan

Kesucian agama tetap dijulang

Demi kehidupan generasi mendatang

Rela berjuang berputih tulang

Hukum Allah tidak boleh dipermainkan. Akhirnya, Nabi Yahya telah dihukum pancung sehingga mati. Selepas kematian baginda, Nabi Zakaria pula yang dicari. Baginda terpaksa melarikan diri. Dalam usaha mencari tempat persembunyian, tiba-tiba baginda ternampak lubang di sebatng pokok. Lalu baginda masuk ke dalamnya. Dengan kehendak Allah, lubang itu telah tertutup semula. Askar yang mengejarnya mencari di sana sini. Mereka pasti Nabi Zakaria memang di sebalik pokok itu. Tiba-tiba, muncul iblis yang memang sentiasa menolong untuk kejahatan. Iblis yang menyerupai manusia itu mendesak askar tersebut supaya menebang pokok itu. Tanpa banyak soal, askar-askat tersebut terus menggergaji pokok itu. Akhirnya, wafatlah Nabi Zakaria kerana terkena gergaji itu.

Kawan-kawan sekalian,

Bani Israel tetap menolak seruan rasul dari satu generasi ke satu generasi biarpun mereka tahu di mana mereka akan dikembalikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al- Anbiya ayat 93,

Maksudnya : “Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah dalam unsur agama. Ingatlah, mereka sekalian akan kembali kepada kami untuk menerima balasan”.

Ya kawan-kawan,

Jadikanlah bencana ombak tsunami yang pernah menggemparkan dunia suatu masa dahulu sebagai pengajaran dan keinsafan buat semua. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah melengkapkan siri dengan amalan yang baik di samping menjauhkan diri daripada larangan Allah. Semoga kita dijauhi azab dunia dan akhirat.

Di antara pengajaran penting yang dapat kita jadikan panduan dari kisah ini.

1. Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah kerana kehendak Allah tiada batasan.

2. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kerana sangat dituntut dalam Islam.

3. Kesucian agam wajib dipertahankan biarpun terpaksa berkorban.

4. Takutlah kepada Allah. Semoga kita selamat dunia akhirat.

Bacalah olehmu kitab yang suci

Dengan keindahan quranul hakim

Jadikan teladan hayati ajaran

Kisah Nabi Zakaria telah ku persembahkan

Sekian, Terima Kasih.

0 comments: